Am
Dasar Pertahanan Negara menggariskan Angkatan Tentera Malaysia hendaklah mengandungi Pasukan Tetap dan Pasukan Simpanan. Istilah Pasukan Simpanan merujuk kepada Simpanan Angkatan Tetap (SAT) dan Simpanan Sukarela (SS) seperti berikut:
- Simpanan Angkatan Tetap (SAT). Terdiri daripada pegawai dan anggota LLP Angkatan Tetap ATM yang telah bersara atau berhenti daripada perkhidmatan dan dikehendaki bertugas sebagai anggota Simpanan Angkatan Tetap (SAT) selama 5 tahun dari tarikh bersara atau berhenti daripada perkhidmatan.
- Simpanan Sukarela (SS). Terdiri daripada pegawai dan LLP Angkatan Sukarela ATM daripada Pegawai Sukarela RAW/ PSTL/ PSTU, Pegawai Kadet PALAPES Darat/ Laut/ Udara, Perajurit Muda, Anggota LLP dan anggota Sukarela Biasa.
Pengurusan Latihan
Di dalam mempertingkatkan latihan untuk anggota PSSATM seperti Latihan Asas Ketenteraan kepada anggota-anggota sukarela termasuk Pegawai Kadet PALAPES dan Perajurit Muda PLAS. Antara latihan yang dijalankan adalah seperti Latihan Tempatan, Latihan Berterusan dan Latihan Kem Tahunan.
Latihan Tempatan.
Anggota Sukarela perlu menjalani Latihan Tempatan sebanyak 240 jam dalam setahun yang diadakan di penempatan masing-masing. Ia merangkumi Latihan Asas Ketenteraan sahaja.
Latihan Berterusan.
Latihan Berterusan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Yang Layak bagi tempoh berterusan 72 jam atau lebih.
Latihan Kem Tahunan.
Pihak Berkuasa Yang Layak telah membenarkan setiap Pegawai dan Anggota Sukarela menghadiri Latihan Kem Tahunan bagi suatu tempoh yang pada kebiasaannya tidak melebihi tempoh 15 hari dalam setahun. Latihan ini boleh dijalankan sama ada berterusan selama 15 hari atau dipecahkan kepada beberapa sesi atau modul tetapi tidak kurang daripada 72 jam bagi setiap sesi/modul dan jumlah keseluruhan adalah 15 hari dalam setahun.

- Masa Minimum Untuk Latihan Berterusan. Setiap perancangan untuk Latihan Berterusan hendaklah tidak kurang daripada 72 jam dan pelaksanaannya mestilah berterusan.
- Masa Maksimum Untuk Latihan Berterusan. Masa maksimum untuk Latihan Berterusan bagi seseorang Anggota Sukarela tidak melebihi 14 hari dalam setahun.