VISI
Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia bertaraf dunia kelas pertama.
MISI
Memertabatkan Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia yang kredibel setanding dengan kemampuan angkatan tetap.
OBJEKTIF
Menyiapkan angkatan sukarela yang mampu membantu ganti angkatan tetap semasa aman dan darurat.
PERANAN
Berperanan untuk menyelaraskan segala dasar dan perancangan pembangunan Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia.
TANGGUNGJAWAB
- Mengeluarkan dasar dan konsep serta polisi mengenai Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia.
- Melaksanakan liaison dengan agensi-agensi sektor awam dan swasta di atas pengurusan sumber manusia dan logistik sejajar dengan keperluan Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia.
- Merancang pembangunan dan menggubal dasar pengurusan dan pentadbiran Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia.
- Menyelaraskan dasar latihan dan operasi Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia.
- Menyelaras dasar kerahan tenaga (mobilisasi) semasa darurat.
- Memberi nasihat kepada pat dan panglima-panglima perkhidmatan berkenaan Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia.