PENGENALAN
Rejimen Askar Wataniah (Singkatan: RAW; Inggeris = Territorial Army Regiment; Cina =国土防卫後備军团; pinyin=guótǔ fángwèi hòubèi jūntuán) merupakan pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat dalam medan pertempuran. Rejimen Askar Wataniah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1958.
SEJARAH
Pada 1861, unit sukarela tentera darat negeri-negeri Selat telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan nama Penang Volunteers. Unit sama juga telah ditubuhkan di Singapura. Pada 1902, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula menubuhkan unit sukarelanya sendiri yang dikenali sebagai Malay State Volunteer Rifles (MSVR). Pasukan sukarela ini kemudian terus berkembang dengan penubuhan beberapa pasukan baru seperti Malay Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan Straits Settlement Volunteer Force (SSVF). Setelah tercetusnya Perang Dunia II, kesemua unit-unit sukarela ini telah diaturgerak dan berganding bahu bersama-sama pasukan tentera tetap dari Britain, India dan Australia untuk mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura.
Selepas Perang Dunia II tamat, pasukan-pasukan sukarela yang telah wujud sebelum ini telah dihidupkan semula. Semasa berlakunya Darurat Tanah Melayu pada 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan yang penting sepanjang masa darurat tersebut.
Pada 1958, Pasukan Kawalan Kampung ini telah dibubarkan setelah keadaan keselamatan telah berjaya dikawal dan dipulih semula. Bagaimanapun, memandangkan ramai bekas anggota Pasukan Kawalan Kampung mahu terus menyumbang khidmat sukarela, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil keputusan untuk menyusun semula pasukan sukarela supaya ia lebih tersusun dan berkesan. Oleh itu, Ordinan Tentera Darat Simpanan telah digubal pada 1958. Dengan kuasa ordinan ini, sebuah pasukan sukarela yang baru yang dikenali dengan nama Askar Wataniah telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 1958.
ELEMEN-ELEMEN DALAM RAW
Terdapat beberapa pecahan elemen dalam struktur askar wataniah. Antaranya adalah;
Setiap kor dan rejimen dalam Tentera Darat Malaysia memiliki pasukan askar wataniahnya sendiri kecuali Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Rejimen Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Elemen pakar adalah bidang khusus tertentu di dalam wataniah. Contohnya. Pakar pelabuhan terdiri daripada mereka yang bekerja di pelabuhan, pakar semboyan dianggotai oleh pekerja-pekerja syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia Berhad, pakar bekalan air disertai oleh mereka yang berkerja di syarikat atau Jabatan Bekalan Air, pakar stesen janakuasa elektrik. dianggotai oleh pekerja Tenaga Nasional Berhad dan Pakar Kesihatan pula terdiri daripada petugas paramedik.
PALAPES/ PLAS adalah pasukan melatih kadet/ Perajurit Muda yang terdiri dari mahasiswa untuk ditauliahkan sebagai anggota/ pegawai askar wataniah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

- Tempur
- Bantuan tempur
- Bantuan perkhidmatan
- Pakar
- Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
- Pasukan Latihan Anggota Simpanan (PLAS)
- Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)